2 orang MBPK telah menyertai Karnival Bakat dan sukan Paralimpik Peringkat Kebangsaan. Semoga dengan penyertaan ini dapat menyerlahkan potensi serta bakat yang optimun untuk anak- anak PPKI SMK Kota Samarahan
Pada tarikh hari ini 18/11/2023 Pasukan PPKI SMK Kota Samarahan telah menyertai SO Got Talent anjuran Special Olympic Kuching Chapter. PPKI SMK Kota Samarahan telah menghantar beberapa orang wakil untuk beberapa pertandingan antaranya ialah Pertandingan mewarna, pertandingan nyanyian solo dan pertandingan tarian. Bagi Pertandingan Nyanyian solo wakil PPKI SMK Kota Samarahan mendapat tempat kedua dan manakala bagi pertandingan tarian pasukan sekolah merupakan Johan Kuching Chapter.